Wednesday, January 27, 2010

Aksesori elegan

SUMBER UTUSN MALAYSIA: 09/09/2009

Aksesori elegan


Rantai panjang daripada Koleksi Classic padan dengan busana songket.













WANITA sememangnya menyukai aksesori kerana bagi mereka kurang sempurna penampilan jika tidak mengenakan sekurang-kurangnya seutas rantai, gelang, cincin mahupun anting-anting.

Apatah lagi jika diserikan dengan kerongsang di dada berhias batu bergemerlapan sebagai pelengkap kepada busana yang digayakan.

Justeru sempena kedatangan Syawal tidak berapa lama lagi, Avon Jewellery tampil dengan koleksi aksesori dengan aura seksi dan elegan yang pasti mempesona mata yang memandang.

Dicipta khas buat mereka yang menggemari hiasan bersentuhan mewah, koleksi terbaru ini menampilkan rekaan unik tersendiri yang memberikan sentuhan ala couture.

Dibahagi kepada dua himpunan menarik Classic (rona emas) dan Fashion (rona perak). Diinspirasikan daripada rekaan berseni teliti dari masa lampau, koleksi rona emas ini menggabungkan elemen moden dan tradisional.

Aksesori dramatik dalam koleksi ini cukup sesuai untuk wanita glamor dengan personaliti menarik, seanggun rekaan yang digayakan. Paling sesuai digayakan dengan busana tradisional terutama baju kurung dan kebaya..

Dalam pada itu moden dan elegan tema utama bagi koleksi perhiasan rona perak yang koleksi ini menggabungkan corak geometri dengan keagungan.

Pelakon dan ikon gaya, Rozita Che Wan turut menyukai koleksi baru ini.

"Saya telah berpeluang mencuba rekaan terbaru ini, dan ramai yang tak berhenti memuji. Tak sangka, menggayakan aksesori yang tepat pun dapat membuat saya lebih yakin dan berkarisma.

"Saya pasti akan menggayakan Avon Jewellery sepanjang Aidilfitri nanti," katanya.

No comments:

Post a Comment